Tuesday 6 December 2016

KUALITI & JATI DIRI PELAJAR CEMERLANG















Pengenalan


Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.


Pelajar Cemerlang


Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah


Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.


Bijak


Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.


Cergas


Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.


Dedikasi


Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.


Elok


Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.


Faham


Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih


Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.


Hasrat


Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.


Iman


Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.



sumber dari Sekolah Menengah Sungai Acheh 



INDAHNYA HIDUP INI




Allah jadikan alam ini sempurna dan cukup indah untuk kita nikmati dan rasai .....
Syukurilah nikmat Allah yang melimpah ruah ini ...
Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur ....

SEKUNTUM BUNGA BUAT KALIAN.......



Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya.....



Image result for flower.gif cartoon bouquet



PETUA UNTUK BERJAYA :

SABAR

Sabar adalah kunci utama kejayaan seseorang dalam apa jua bidang yang di ceburi...
Sekiranya kita adalah pelajar, bekal utama adalah kesabaran.
Sabar mencari ilmu, bahan -bahan ilmiah , maklumat dan informasi - informasi agar ilmu kita sentiasa berkembang dan bertambah dari masa ke semasa....

Wahai anak-anak didikku:

Bersabarlah dalam mencari ilmu.Jadilah insan yang berilmu,mencintai ilmu dan menyebarkan ilmu ....Mudah2an ilmu itu menjadi saham untuk kita di akhirat nanti.

SENTIASALAH MENDOAKAN IBU BAPA KITA.......





Ibu- bapa adalah orang yang paling banyak berjasa sepanjang hayat kita.....

melahirkan kita,
 mendidik kita,
membesarkan kita,
 dan menjaga keselamatan kita.......
 sehinggalah kita berjaya pada hari ini...

Janganlah  berhenti berdoa untuk ibu bapa kita .....
mereka kunci kejayan kita di dunia dan di akhirat.......


Image result for animasi motivasi anak soleh

JATI DIRI REMAJA

ASSALAMUALAIKUM......

Pagi ni Ustazah nak kongsi video animasi jati diri remaja .....semoga bermanfaat

https://www.youtube.com/watch?v=7ATMkycBtaM

https://www.youtube.com/watch?v=7ATMkycBtaM

BUAT ANAK-ANAK DIDIKKU.....



ASSALAMUALAIKUM......

Ahlan wasahlan buat anak-anak didik Ustazah sekalian....Apa khabar hari ini...semoga semuanya sihat ....Hari ini 7 Disember 2016....Dengan izin Allah Ustazah dapat mencipta blog baru ....khusus untuk anak -anak murid ustazah dan semua remaja yang ustazah kasihi.....Semoga blog ini bermanfaat untuk semua


Image result for animasi motivasi anak soleh